Iklan Nuffnang

Jumaat, 4 Disember 2009

Pesona atau Persona

HARI ini saya ingin berkongsi mengenai dua perkataan yang selalu salah digunakan iaitu pesona dan persona. Perkataan ini salah digunakan apabila muncul filem Persona Non Grata dan kereta Proton Persona. Sakit mata melihat dan sakit telinga mendengar apabila perkataan ini salah digunakan dalam bahasa Melayu. Orang selalu kata "Saya terpersona melihat keayuan wajah peragawati itu." Ayat ini salah kerana sepatutnya perkataan yang digunakan ialah terpesona. Untuk lebih jelas lihat nota di bawah.
PESONA - Ada dua maksud.
1) Sihir - Contoh (Dia menggunakan pesona untuk memikat gadis itu).
2) Sangat-sangat tergoda atau memikat - Contoh (Keayuan gadis itu mempesona pandangan).

PERSONA - Ada dua maksud.
1) Watak di dalam karya seperti filem, novel dan sebagainya.
2) (Bahasa Latin) Orang. Persona non grata bermaksud orang yang tidak diterima di dalam negara selama-lamanya kerana berbuat kesalahan seperti jenayah.

Baiklah, itu sahaja maksud dua perkataan secara ringkas. Justeru, cuba anda perhatikan dan carilah maksud nama Proton Persona. Adakah Proton ingin membawa maksud orang ramai pasti terpesona dengan kereta itu? Saya rasa memang Proton ingin membawa maksud Proton Persona sebagai sebuah kereta yang benar-benar memikat orang ramai. Jadi sepatutnya kenalah letak nama Proton Pesona. Betul tak?

4 ulasan: