Iklan Nuffnang

Sabtu, 24 April 2010

Sempena & Bersempena

Antara perkataan yang selalu salah digunakan ialah perkataan sempena dan bersempena. Biasanya kita akan lihat ayat yang sebegini:

Ayat 1: Majlis kenduri di rumah Aminah itu dibuat sempena upacara akikah adiknya yang baru dilahirkan.
Ayat 2: Sempena Aidilfitri tahun ini, Suraya mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya.

Kedua-dua ayat di atas kurang tepat kerana perkataan yang sepatutnya digunakan ialah bersempena. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bersempena membawa maksud mengambil berkat (daripada). Ayat yang betul ialah:

Ayat 1: Majlis kenduri di rumah Aminah itu dibuat bersempena upacara akikah adiknya yang baru dilahirkan.
Ayat 2: Bersempena Aidilfitri tahun ini, Suraya mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya.